MENJAGA HAK PERSAHABATAN

 ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ




1. Memberitahu kebaikan atau kelebihan sahabat kepada sahabat yang lain ketika pertama kali mereka bertemu.


2. Menerangkan kelebihan atau kemuliaan sesuatu dengan harapan dapat mengambil manfaat bersama.


3. Menerima kelebihan atau kekurangan sahabat jika mengetahui kedudukan sahabat.


4. Tidak mencemburui atau iri hati dengan sebarang kelebihan sahabatnya tetapi sedaya upaya cuba untuk mencontohinya.


5. Sekiranya berlaku prasangka tidak baik, maka carilah 70 uzur atau 70 alasan untuk tidak membenarkannya dan jika tidak menjumpai alasan itu, maka nisbahkan prasangka itu terhadap diri sendiri.


6. Memanggil nama sahabat seperti yang dinamakan oleh ibu bapanya. Bukan dengan gelaran yang tidak baik.


7. Saling berpesan, menasihati dan menunjukkan ke arah kebaikan.


Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Share: