PENTINGNYA KHUSYUK DIDALAM SHOLAT

1. Tanda Patuh Kepada Allah


Firman 

Allah SWT yang bermaksud:


“Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku.”

(Taha: 14)


Tujuan, hidup kita adalah untuk menyembah Allah yang memiliki seluruh alam ini. PerintahNya mesti dipatuhi manakala laranganNya dijauhi.


Semasa solat, hendaklah kita meninggalkan ingatan kita terhadap dunia ini. Perhatian dan sepenuh minda kita mesti dipusatkan kepada Allah SWT. Inilah tujuan kita bersolat iaitu untuk mengingati Allah.


Oleh itu, tentulah tidak wajar untuk kita mengingati hal-hal lain dalam solat sedangkan kita sedang berhadapan dengan Allah yang telah mencipta dan meminjamkan apa yang kita miliki.


2. Sebagai Kayu Aras Kejayaan


Orang Beriman, Solat yang khusyuk adalah tanda aras kejayaan bagi orang yang beriman.


Mereka, yang khusyuk ditafsirkan sebagai orang-orang yang beruntung. Sebagaimana firman Allah SWT yang 


bermaksud: “Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.”

(Aa-Mu’minun: 1-2)


3. Menjaga Pahala Solat


Bayangkan, seseorang yang hendak bersolat. Semasa memulakan solatnya, serta-merta ingatannya pergi kepada hal dunia yang memerlukan perancangan. 


Sepanjang,  bersolat, semua risiko dan jalan penyelesaian kepada masalah muncul satu-persatu.


Maka, ingatannya langsung tiada kepada Allah. Tubuhnya sahaja yang berdiri, rukuk, sujud dan sebagainya.


Apa, yang di dalam hati amat jauh dari Allah. Jika kita berada di tempatnya, layakkah kita menerima pahala bersolat?


Begitulah, keadaan orang yang tidak khusyuk. Solat hanya memakan masa selama beberapa minit. Pada waktu itu, fokus kita seharusnya kepada Allah. 


Lebih, malang lagi jika kita bukan sahaja tidak mampu menumpukan perhatian pada dalaman, malah luaran kita juga.


4. Memberi Nilai Kepada Roh


Apabila, kita meninggal dunia, jasad kita tidak berguna lagi. Ia akan dimandikan, dikafankan, dan dikebumikan di dalam tanah yang kotor.


Akhirnya, ia mereput dan hancur bersama bumi.


Solat yang dilakukan dengan cemerlang semasa berdiri, rukuk, sujud, dan sebagainya umpama amalan kosong jika tiada khusyuk. 


Ini kerana, khusyuk memberi nilai dalaman yang bukan berbentuk fizikal.


Maka, khusyuk memberi suatu nilai yang tinggi kepada roh.


Oleh itu, didiklah diri agar sentiasa berusaha untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat. 


Semoga,  dengan solat yang sempurna akan menghindarkan diri kita daripada kejahatan.

Share: