- Baginda selalu diam
- Berbicara ketika perlu
- Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat
- Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn seseorang
- Hatinya selalu sedih (iginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)
- Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'
- Berfikir terus-menerus
- Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
- Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
- Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia.
- Marah bukan kerana nafsu.
- Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya.
- Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
- Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
- Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
- Tidak pernah berteriak² di pasar.
- Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada
- Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt.
- Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat.
- Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
- Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir
- Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah.
- Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak², lebih² lagi mencela org lain.
- Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan.
- Tidak pernah mencela & memaki hamun org lain.
- Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.
- Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.
- Perbicaraannya memukau sesiapa pun yg mendengarnya lalu terpegun seolah² ada burung melintas di atas kepala mereka.
- Sesiapa yg melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
- Sesiapa yg selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
- Baginda pasti memberi tempat kpd org yg ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
- Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut.
- Tangan Baginda selalu terbuka kpd sesiapa shj tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
- Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
- Tidak ada yg berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.
- Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati org tua , menyayangi yg kecil, mengutamakan org yg ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan org asing.
- Tidak terus memotong percakapan org lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
- Paling berlapang dada.
- Paling tepat dlm berbicara.
- Paling halus keperibadiannya.
- Paling ramah & beradab dlm pergaulan & muamalahnya.
(Rujukan. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)
اللهم صل على محمد وعلى اله واصحابه اجمعين